Saturday 17 August 2013

PENGGUNA SENYAP:Siapakah MyFlower dengan Lela Sabun ?

Kak Lela kenal  MyFlower sejak Januari 2013. Matchmaker tu namanya Alia. Rupa-rupanya Alia sudah lebih lama kenal MyFlower. Alia kata MyFlower bagus, wangi, jimat. Jadi, berkenalanlah dengan sebotol dulu. Kemudian melekat sampai 5 bulan dan seterusnya tak mahu tukar lagi sebab wangi, berbuih, pekat, tak perlu pewangi kedua, 3 liter pulak tu. Yang paling penting wangi dan jimat, maklumlah zaman sekarang ni gaji orang makan gaji tak sewenang-wenang dinaikkan, bonus belum tentu ada walaupun container tempat kerja kita banyak tonne naik kapal laut.....tetapi harga barang-barang harian suka-suka saja dinaikkan bila-bila masa, tapi turunnya tidak. Kesan yang besar terutamanya terhadap household keperluan rumahtangga dan makan minum kita. 

Jadi......inilah diantara mukadimahnya Kak Lela melekat kepada MyFlower. Pendek kata as a SILENT USER. Lama kelamaan, terfikir juga mengapa tidak dikongsikan produk baik dengan semua ketua keluarga atau surirumah di luar sana. BERKUALITI & JIMAT. Mula-mula dikongsi bersama jiran, keluarga dan rakan terdekat. Kemudian dapat repeat order, malahan ada yang mahu jual di rumah, ada yang mahu jual di pejabat dll. Inilah serba sedikit ceritanya.

Dari itu posting Kak Lela kali ini, untuk mencari networking bagi menambah jaringan perkongsian MyFlower. MyFlower yang pertama Kak Lela kenal ialah Liquid Laundry Detergent.(Sabun Cuci Baju Cecair). Kalau anda di luar sana tak suka makan gaji, tidak suka diarah-arah atau tak dapat kerja yang sesuai dengan kelulusan atau tahap gaji, maka tiada pilihan kan. So, macam Chef Li kata, kadang-kadang pilihan terakhir adalah perniagaan sebagai suatu pekerjaan. Kalau setuju, jom cuba berniaga MyFlower.

Hubungi: 010-8260 156

E-mail: sabunkaklela@gmail.com
Flyer:https://ww.smore.com/ar4b-lela-sabun

Sabun Cuci Baju Cecair MyFlower

Wednesday 14 August 2013

Jangan Putus Asa


Lirik Lagu D'Masiv - Jangan Menyerah

Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi

Kita pasti pernah
Dapatkan cobaan yang berat
Seakan hidup ini
Tak ada artinya lagi

Syukuri apa yang ada
Hidup adalah anugerah
Tetap jalani hidup ini
Melakukan yang terbaik

Tuhan pasti kan menunjukkan
Kebesaran dan kuasanya
Bagi hambanya yang sabar
Dan tak kenal Putus asa


Assalamualaikum, Hello every visitor of my blog, Ni Hau Ma, Sau Kiama, Kumusta Ka, Namaste.......Hi everybody.
Siapa Lela Sabun? Panggil saja Kak Lela.Dulu-dulu pernah jadi cikgu, 1 tahun jadi kerani,3 bulan rasa sebagai operator kilang,sudah interview lebih 300 pemohon kerja untuk macam-macam jawatan, pernah rasa tensionnya setiap bulan siapkan gaji 350 pekerja,banyak tahun join industrial management team (selalunya saya seorang aje perempuan,tak habis-habis meeting dengan GM lah, dengan Director lah, dengan factory owner lah),mengusahakan tadika taska,mengetuai operasi customer service,kena menghadap customer kalau ada complain contohnya di Kenwood,Flextronic, jual perfume,busybody jadi auditor ISO,EMS1400,marketing kayu dengan Japanese & Korean buyer, macam-macamlah.Dah laluan hidup namanya, sekarang Lela Sabun buat apa....... mengedar sabun pulak. 
Pernah juga dijumpakan tempat kerja yang ada complete set foreign worker:-bangladeshi, myanmarnese, vietnamese,philippines,indonesian, nepalese, cambodian. Fuhhh....seronok juga mengenali budaya pelbagai, tak payah bayar Air Asia untuk duduk di kampung mereka. Jadi macam Chef Rusly kata, kalau dah tak ada kerja atau tak dapat kerja atau tak suka makan gaji........maka berniagalah pilihan terakhir. Di Malaysia hanya bangsa Cina yang pilihan terakhirnya makan gaji, sedangkan orang Islam tahu, 9 dari 10 dari pintu rezeki adalah dari perniagaan. Yang Kak Lela faham, orang myanmar, vietnam, philippine, kampuchea memang berniaga pilihan utama mereka. Tapi memandangkan ekonomi & politik negara mereka tidak stabil dan terlalu banyak korupsi, maka mereka tiada pilihan.....kena makan gaji. Maka merantaulah mereka ke Malaysia tinggalkan anak isteri keluarga, berhijrah ke negara kita yang aman makmur ini. Ameen.
Pendapatan pekerja asing VS gaji kerani lulusan diploma, lebihkurang sama saja. Cuma pengalaman jadi kerani berdiploma tu, harus diambil sebaik mungkin. Itulah sebabnya zaman sekarang telah ramai muda belia berjinak-jinak dengan perniagaan samada jualan part time, ataupun perniagaan internet ataupun bekerja di kedai-kedai sebagai pembantu, sambil menyelam minum air bolehlah belajar 'buka, tutup kedai & urus perniagaan'. Nak mulakan perniagaan sudah semestinya bermodal, samada besar atau kecil. Terpulang kepada pengalaman dan ilmu berfikir masing-masing.Kadang-kadang tak ada modal tapi ada kepercayaan kepada produk, tup tup silap hari rezeki untuk dapatkan modal tiba-tiba datang.Ada yang sanggup berhutang untuk bermodal, ada pula yang guna wang simpanan untuk modal dan paling terror ada yang langsung tak mahu bermodal tapi mahu untung di depan macam motto 'Play Now, Pay Later'.Kadang-kadang to Delay Gratification boleh mengajar kita lebih sabar. Makan gaji atau berniaga, malahan menganggur sekalipun semuanya ada risiko.Sekarang dalam blog Kak Lela sudah ada peluang perniagaan with slim risk. Mudah diurus,senang disimpan,disukai dan mudah dijual maka In Shaa Allah tiada masalah stok lapuk.Tambahan pula sangat baru di Johor.
Kak Lela tak mahu pakai slogan Sharing is Caring, tetapi nak kata :-
"I  SHARE BECAUSE I  CARE"